![]() |
http://kisahmj12.blogspot.com |
Jumaat malam ini Slot Kisah Misteri Jam 12 di Ria banyak kisah-kisah berkenaan ilmu sihir/guna-guna....huh...kisah yang kurang minat untuk aku dengar huhu....antara kisah yang di ceritakan oleh Dj tetap slot Kisah Misteri Jam 12 ini...DJ KC ialah tentang seorang wanita yang menyihir/guna-guna teman lelakinya agar teman lelakinya tunduk atas segala kehendaknya...huhu ....cerita ini di hantar oleh adik kepada si pelaku wanita terbabit...lagi satu kisah tentang seorang pembantu rumah dari seberang yang diceritakan oleh majikan pembantu rumah tersebut...pada mulanya majikannya bimbang akan sihir tersebut digunakan untuk ditujuukan pada majikannya....difahamkan ilmu Minyak Senyonyong(uiks!) ....tetapi sebenarnya sihir tersebut ditujukan pada teman lelaki pembantu rumah tersebut(hek eley) macam mana majikanya boleh tahu? sebenarnya perbuatan pembantu rumahnya diketahui atau KANTOI bila pembantunya pulang bercuti ke kampung halaman nya dan teman lelakinya sanggup datang ketuk pintu rumahnya di malam hari dan mengatakan yang beliau amat merindukan pembantu rumahnya...haishhhh...sampai camtu sekali???.....dan ketika itu lah majikannya pergi buat SPOTCHECK didalam bilik pembantu rumahnya dan menjumpai minyak senyonyong tersebut.....laa......naudzubillah.....cerita-cerita ni semuanya dikisahkan di Singapura...erm....sebuah negara maju pun masih tidak terlepas dari perbuatan2 syirik ini....dimana-mana pun boleh terjadi....berbalaik lah pada yang satu , berdoa dan berusahalah untuk mendapatkan sesuatu kerana kenikmatan nya bila berjaya amatlah tidak ternilai dirasa...."ya allah aku berlindung padamu dari syaitan yang direjam....."
Hah...antara yang menarik diselitkan di slot Kisah Misteri Jam 12 ini bukan sahaja kisah-kisah seram yang di ceritakan oleh DJ KC dan Panggilan-panggilan pemanggil yang mempunyai kisah seram....tetapi juga terdapat lagu-lagu yang menarik berkenaan watak-watak hantu yang diceritakan...haha....Menarik!!!
No comments:
Post a Comment