Old Tampiness Road yang Angker????
Malam ni slot Kisah Misteri Jam 12 di radio Ria 89.7 fm banyak menceritakan tentang Old Tampiness road ni...kebanyakan dari penghantar e-mail dan sms, mahupun pemanggil malam ni ramai mengisahkan tentang keAngker an jalan ni.....huh dah lama aku tak masuk Singapore ni...tak ingat dah jalan-jalan Singapore sedangkan dulu rajin ke Tampiness ni pasal ada saudara kat sana...
Terasa ingin mengetahui bagaimana rupanya Old Tampiness road ni...macam-macam kisah lah dengar di KM Jam 12 malam ni yang disampaikan oleh Dj yang tak asing lagi dengan slot ni iaitu KC..antara kisah seram yang popular sering berlaku di jalan tersebut ialah kenderaan yang dipandu terasa berat setelah melalui jalan tersebut keseorangan di malam hari.....ada pulak yang mengatakan ada benda terbang melintas jalan tersebut ketika memandu dikawasan tersebut...tu antara yang popular kejadian yang berlaku di Old Tampiness Road .....hermmm ada tak antara korang yang pernah mengalami kejadian-kejadian seram macam ni atau korang pun pernah melalui OLD TAMPINESS ROAD ni...????
![]() |
kisahmj12.blogspot.com |
Apa pun kisah-kisah yang di utarakan di Kisah Misteri Jam 12 ini merupakan satu hiburan semata-mata, tiada sesiapa pun yang boleh mengesahkan kebenarannya.....kalau anda berasa takut perlahankan suara radio anda...(pesanan Dj KC) hehehe.....
No comments:
Post a Comment