![]() |
*credit to google |
DEMOKRASI YANG HENDAK DIPERJUANGKAN…?????
Apa itu Demokrasi?
Kamus Dewan (edisi ke 4) 1-pemerintahan oleh rakyat atau
wakil yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya=berpalimen (pemerintahan
demokrasi yang dijalankan secara perwakilan)
- is a form of government in which all citizens have an equal say in the decisions that affect their lives. Ideally, this includes equal (and more or less direct) participation in the proposal, development and passage of legislation into law
Kenapa pilih Demokrasi?
mengikut makna yang kita tahu demokrasi merupakan satu
pilihan yang baik kerana rakyat mempunyai kuasa dalam memilih pemimpinnya yang
di fikirkan layak dan adil …dimana
pemimpin sepatutnya memimpin, menjaga, membela rakyatnya , dan negaranya…..besar tanggungjawab seorang
pemimpin ni….
![]() |
*credit to google |
POLITIK???
Kamus Dewan(edisi ke 4)=
- ilmu(pengetahuan) bukan cara pemerintahan(dasar2 pemerintahan dll), ilmu siasah, ilmu kenegaraan,: pentingnya pengetahuan ni kepada setiap rakyat Negara yang mengamalkan demokrasi tidak dapat disangkal lagi
- is a process by which groups of people make collective decisions. The term is generally applied to the art or science of running governmental or state affairs. It also refers to behavior within civil governments. However, politics can be observed in other group interactions, including corporate, academic, and religious institutions. It consists of "social relations involving authority or power and refers to the regulation of public affairs within a political unit, and to the methods and tactics used to formulate and apply policy.
Kenapa mesti Politik?
Err…camne nak cakap
ek..??? hehe…. Seperti maksud diatas politik itu perlu dalam negara2 yang
mengamalkan Demokrasi…mesti ada kerajaan dan pembangkang baru dikatakan
demokrasi dan politik…agar kerajaan tidak boleh leka akan mandat yang diberi
rakyatnya…
Kelemahan Demokrasi dan Politik???
Demokrasi dan Politik ini merupakan system dan idealogi
manusia dan sudah tentu banyak kelemahannya walaupun dilihat relevan dan adil
namun kelemahannya masih ada. Demokrasi pula yang datangnya dari barat iaitu
penjajah yang pernah menjajah tanah air kita ini sehinggakan kerajaan sekarang
ini masih mengamalkan sistem undang2 penjajah tapi telah di moderate …Tidak hairanlah…mana2 negara
yang pernah di jajah dan diberi kemerdekaan oleh Barat(negara2 komanwel) sudah
tentu mengamalkan undang2 penjajah ni disebabkan itu adalah salah satu
perjanjian2 Kemerdekaan…tu yang kita tahu yang kita tak tahu?(teori konspirasi
lah pulak….namun tak mustahil! Wallahualam)
Pidato2,janji2, dan provokasi adalah perkara atau strategi
biasa dalam Politik dan secara tak langsung berDemokrasi , Hak-hak dalam apa
jua pun terutama hak rakyat dilaung2kan….dalam erti kata BEBAS…??? Bebas yang
macam mana? Bebas bersuara, bebas memilih pemimpin, bebas rasuah, dan macam2
bebas sehinggakan sampai satu tahap bebas tu di salahgunakan…tidak mustahil
bukan…lihat sahaja negara2 yang lebih lama mengamalakan DEMOKRASI atau negara2
yang melahirkan DEMOKRASI itu sendiri(penjajah)….sekarang secara luarannya Malaysia sudah memasuki
Kemerdekaan kali ke 54(Ogos ini) namun ia masih Muda berbanding negara2 yang
seperti U.S yang telah lama mengamalkan Demokrasi…lihatlah apa yang dihasilkan
Demokrasi disana! Segala kebebasan bersuara dilaungkan atas nama Demokrasi dan
Hak Asasi Manusia sehinggakan melampaui batas2 dan garis panduan Islam dan
kadang2 di luar kebiasaan fitrah semulajadi manusia…Benar? Hari ini Demokrasi
di Malaysia telah menampakkan perkembangan apa yang dikatakan Demokrasi
itu…rakyat2 sudah ada yang lantang ingin menyuarakan hak dan kebebasan mereka…
Di Malaysia ada berbagai2 parti Politik…bberbagai2 idealogi,
berbagai2 pengikut dikalangan rakyat Malaysia dari berbagai kaum, ya ia
menunjukkan Malaysia sebuah Negara yang berdemokrasi…namun kebanyakan dari
mereka bergabung didalam satu parti komponen baik kerajaan mahupun
pembangkang…di satu sudut..kelihatan kerajaan mungkin terdesak kerana suara2
rakyat yang tebahagi beberapa kumpulan kini menjadi semakin besar dan ia
mungkin sesuatu yang positif kerana ia akan membuka mata dan menyedarkan
kerajaan bahawa mereka perlumendapatkan kepercayaan rakyat2 yang dipimpin di
Negara ini, namun di satu sudut pembangkang pula…segala idealogi2 yang dulunya
berbagai kini kelihatan disimpan , atau di ketepikan kerana tujuan atau
matlamat utama adalah menjadi kerajaan sehinggakan prinsip2 sesuatu parti yang
dulunya teguh di disuarakan sekarang seperti disimpan atau diketepikan demi
keutamaan parti komponen bagi mengelakkan perbalahan pendapat kerana akan
merugikan matlamat mereka, kelihatan sangat ghairah untuk menumbangkan
kerajaan…Disini suara2 pembangkang menjadi kuat dan lantang namun hanya lantang
mencerca kerajaan yang telah tua dan berpenyakit….suara2 pembangkang yang
menterjemahkan idealogi2 mereka yang berbagai semakin kurang kini…
Alternatif ???
Apa alternatifnya bagi menggantikan Demokrasi ni? Banyak
lagi idealogi2 sistem pemerintahan sesebuah Negara seperti komunisme atau
sebagainya..namun apa yang dilihat didalam islam sistem pemerintahan yang
diamalkan sahabat2 nabi selepas kewafatan rasulullah s.a.w iaitu zaman2
khalifah dalam mengamalkan Syura dalam pemilihan pemimpin dalam sesebuah Negara
adalah lebih baik berbanding demokrasi kerana pemilihan dibuat dari kalangan2
ulama2 dan ilmuan2 islam untuk memilih seorang khalifah atau pemimpin yang
berkualiti bertanggungjawab dan beriman lagi layak memerintah….didalam
demokrasi …rakyat bukanlah mengenal pemimpin mereka yang ingin dipilih dengan
lebih dekat..kita hanya mendengar mereka menyampaikan pidato2 hebat, janji2
besar, provokasi2, perkara2 yang kononnya mereka lakukan demi kebaikan rakyat
lalu kita berkata ya Dial ah yang patut kita jadikan pemimpin namun kita sebenarnya tidak tahu perkara
sebenar….kerana kita bukanlah duduk disebelah mereka sentiasa sehinggakan kita
mengenal hati budi mereka….kerana islam menggariskan supaya kita memilih
seorang pemimpin yang bertanggungjawab, jujur, amanah , dan beriman yang layak
memimpin kita semua….
*Sekian sampai disini luahan pendapat aku seorang rakyat
Malaysia yang letih melihat dan mendengar dengan Pentas politik di tanah air
tecinta ini…atsmosfera bumi dah la semakin tipis, dah panas tak pulak yang
bertanggungjawab cuba cari penyelesaian huh..panas2….ni pulak ada yang nak
berjemur tengah2 panas terik….apa dah….!!!!
![]() |
*credit to google |
100% pendapat aku yang sememangnya naïf dan cetek jua ilmu didada namun ingin memberi
pendapat sebab aku pun ada Hak jugakkan!!! Haha…Negara demokrasi
katekan!!!….Hak yang sebenar2nya adalah milik AL-HAQ…Allah s.w.t…siapa kita nak
mempersoalkan hak -NYA, sesungguhnya DIA lah yang memberi kita kehidupan dan
kepada-NYA lah kita dikembalikan…!
maaf andai ada tersilap kata...ini luahan semata2...
aku hamba Nya yang hina....
No comments:
Post a Comment