Assalamualaikum w.b.t.....
sekali lagi bertemu dalam Entri 40 Nasihat Saidina Ali Ibn Abi Thalib kali ini siri 2 iaitu sambungan kepada siri 1 <---klik sini jika belum membaca nya..
"Saidina Ali bin Abu Thalib k.w merupakan khalifah ke-empat dan terakhir dari 4 generasi khalifah Ar-Rasyidin semasa era pemerintahan khalifah dalam Islam..."
Berikut merupakan antara 40 Nasihat Saidina Ali bin Abu Thalib ....
![]() |
*sahabat umpama cermin bagi diri kita, maka setiap teguran dan nasihat dari mereka terima lah dengan hati yang terbuka , baik dan buruk sahabat itu merupakan cermin pada diri kita.... |
- Sifat menahan kemarahan lebih mulia dari membalas dendam.
- mengajar adalah belajar
- Berkhairatlah mengikut kemampuan mu dan jangan menjadikan keluargamu hina dalam kemiskinan.
- Insan terbahagi kepada tiga iaitu: mereka yang mengenal Allah, mereka yang mencari kebenaran dan mereka yang tidak berpengetahuan dan tidak mencari kebenaran.Golongan yang terakhir inilah yang paling rendah dan tidak baik sekali dan mereka akan ikut sebarang ketua dengan buta seperti kambing.
- Insan tidak akan melihat kesalahan sseorang yang bersifat tawadhu` dan lemah
- Janganlah kamu takut pada sesiapa melainkan dosamu terhadap Allah.
- Mereka Yang mencari kesalahan dirinya sendiri adalah selamat dari mencari kesilapan orang lain.
- Harga diri seseorang itu adalah berdasarkan apa yang ia lakukan untuk memperbaiki dirinya.
- Manusia sebenarnya sedang tidur akan tetapi akan bangun apabila ia mati
- Jika kamu mempunyai sepenuh keyakinan akan Al-Haq dan kebenaran, nescaya keyakinanmu tetap tidak akan berubah walaupun terbuka rahsia-rahsia kebenaran itu
![]() |
lagi-lagi dalam bulan ramadhan ni banyak-banyakkan bersabar... |
*sampai disini dahulu penulisan yang diambil dari buku Fadhilat Ayat-Ayat DiDalam Al-Quran dan akan bersambung untuk siri 3 dan terakhir tidak lama lagi...
* Terima Kasih kerana membaca artikel ini...Insyallah bertemu lagi!
Wassalam...
Wassalam...
No comments:
Post a Comment