Assalamualaikum w.b.t.....
sekali lagi bertemu dalam Entri terakhir 40 Nasihat Saidina Ali Ibn Abi Thalib kali ini siri 3 iaitu sambungan kepada siri 1dan siri 2 <---klik sini jika belum membacanya..
"Saidina Ali bin Abu Thalib k.w merupakan khalifah ke-empat dan terakhir dari 4 generasi khalifah Ar-Rasyidin semasa era pemerintahan khalifah dalam Islam..."
Berikut merupakan antara 40 Nasihat Saidina Ali bin Abu Thalib ...
![]() |
Allah Subhanahu wa Ta'alaberfirman:
|
- Allah merahmati mereka yang kenal akan dirinya dan tidak melampaui batasnya.
- Sifat seseorang itu tersembunyi disebalik lidahnya.
- seseorang yang membantu adalah sayapnya seseorang yang meminta.
- Insan tidur diatas kematian anaknya tetapi tidak tidur diatas kehilangan hartanya.
- Barangsiapa yang mencari apa yang tidak mengenainya nescaya hilang apa yang mengenainya.
- Mereka yang mendengar orang yang mengumpat terdiri daripada golongan mereka yang mengumpat.
- Kegelisahan adalah lebih sukar dari kesabaran
- Seorang yang hamba kepada Syahwatnya adalah seorang yang lebih hina daripada seorang hamba kepada hamba.
- Orang yang dengki, marah kepada orang yang tidak berdosa.
- Putus harapan adalah suatu kebebasan, mengharap(kepada manusia) adalah suatukehambaan.
- Sangkaan seorang yang berakal adalah suatu ramalan.
- Seorang akan mendapat tauladan diatas apa yang ia lihat.
- Taat kepada Perempuan(selain ibu) adalah kejahilan yang paling besar.
- Kejahatan itu mengumpul kecelaan yang memalukan.
- Jika berharta, berbiagalah dengan Allah dengan bersedekah.
- Janganlah kamu lihat siapa yang berkata tetapi lihat apa yang dikatakannya.
- Tidak ada percintaan dengan sifat yang berpura-pura.
- Tiada pakaian yang paling indah daripada keselamatan.
- Kebiasaan lisan adalah yang telah dibiasakannya.
- Jika kamu telah menguasai musuhmu, maafkanlah mereka, kerana perbuatan itu adalah syukur kepada kejayaan yang telah kamu perolehi.
![]() |
* Alhamdulillah....akhirnya lengkap siri 40 Nasihat Saidina Ali Ibn Abi Thalib Siri !, siri 2, Siri 3
* Diharap post kali ini dapat saya kongsikan bersama pembaca diluar....Syukran dan terima kasih......




salam ziarah & f0ll0w..
ReplyDeletesyukran krna b'k0ngsi ilmu..