![]() |
Lazatnya memang tak boleh disangkal lagi keenakaknnya...betul kan!!! |
Nasi Lemak warisan bangsa,
Dari zaman nenek moyang kita,
Enaknya sampai kita terleka,
Kesihatan kita tanggungjawab kita,
Ini
cerita bukan nak mengata,
Anggap ia teguran saja,
Nasi Lemak si pembuka selera ,
Muqadimmah sebelum aku memulakan cerita,
Hai Nasi Lemak sesedap nama,
Pelbagai rupa namun rasa yang sama,
Orang meniaga kita pun nak meniaga,
Mencari sumber rezeki keluarga,
Ada bertelur ada Ayam goreng isinya,
Yang penting sambal dan nasinya,
Disini disana senang nak jumpa,
Persaingan terjadi dimana-mana,
Nasi lemak menu utamanya,
Inilah tradisi masyarakat melayu kita,
Ada yang enak ada yang biasa-biasa saja,
Semua bergantung si pelanggan yang berbagai
selera,
Si polan ini besar warungnya ,
Boleh kata usahawan berjaya,
Si Anon pula baru bermula ,
Cuma berpayung dan sebuah meja,
Namun apa lagi nak dikata,
Rezeki tuhan nak beri kita tak boleh paksa,
Bila hati dah lama mati,
Nafsu menjadi nakhoda diri,
Nasi Lemak kegemaaran kita,
Inilah rupa bangsa melayu kita,
Pantang nampak jiran Berjaya,
Memasang formasi dan taktikal jahatnya pula…
Bila strategi nya tak Berjaya,
Memanipulasikan pula pihak
ketiga,
Habis punah lagi sengsara,
Menutup periuk nasi jiran
mereka,
Cerita bukan Nasi Lemak punya angkara,
Tapi cermin lah sesama antara kita,
Bukan nak mengata bangsa sendiri punya,
Tapi ini realiti sekeliling kita,
Nasi Lemak warisan bangsa,
Dari zaman nenek moyang kita,
Oleh kerana kelemakkannya ada umphh punya,….
Tapi jangan lupa bila dah kenyang sambung
semula tanggunjawab kita….
Assalamualaikum……..hehehehe
i sk nasi lemak kolej jati...:-)
ReplyDeleteape yang buatnya sedap nasi lemak kolej tu???
ReplyDeletePERGHHHHH...
ReplyDeletenasiiiiiiiiiiiiii lemakkkk.....
nasi lemak kopi o...hahaha
ReplyDelete