MyDiaryzine: Siapa Yang akan Membuat Anda Gelak Tak Ingat???(Maharaja Lawak Mega)



Akhirnya Maharaja Lawak Mega sudah sampai di kemuncak pentas akhirnya dengan menampilkan 4 finalis otai-otai lawak dari 3 negara Malaysia, Singapura dan Indonesia.
Sebagai salah seorang yang sering mengikuti perkembangan rancangan RajaLawak,Maharaja Lawak dan Maharaja Lawak Mega ini, Mydiaryzine ingin berkongsi ulasan dan sedikit pengenalan ringkas dari 4 finalis Maharaja Lawak Mega ini....




BOBOI

Gandingan Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik merupakan gandingan terbaik setakat ini dalam Maharaja Lawak Mega. Afdlin merupakan seorang entertainer yang dikenali dari bidang pengarahan, comedian, pelakon dan penyanyi manakala Harun S.B pula memang terkenal sebagai Pelawak yang disegani di Malaysia dan merupakan presiden Seniman Malaysia ketika ini. Ganfingan mereka hampir sempurna dimana menempilkan keserasian dan dan menonjolkan keseimbangan dalam setiap persembahan yang konsisten. Mereka sudah pun mempunyai nama dalam arena seni tanah air namun mencipta satu jenama iaitu BOBOI khas buat Maharaja Lawak Mega ini.
Bukan sahaja Boboi sebagai suatu jenama tapi menjadi satu watak yang menampilkan berbagai-bagai cerita bagi setiap tema persembahan disamping menyelitkan isu-isu semasa ketika ini. KOmbinasi yang bijak dan kreatif dalam menyampaikan komedi jenama Boboi mereka.Mereka merupakan antara kumpulan pilihan untuk menjadi Juara Maharaja Lawak Mega ini.




OSBON

Osbon terdiri daripada gandingan pelawak "stand up comedian" terkenal tanah air yang popular dengan slanga Jawa iaitu Abun dan seorang lagi pelakon/pelawak yang pernah popular dahulu Os. Gandingan ini juga serasi dimana terdapat "give and take " dalam penyampaian komedi mereka dimana Abun yang dikenali dengan kepertahan nya bercakap dan membuat penonton tergelak sentiasa mengenakan Os yang mempunyai personaliti pelawak semula jadi. Jadi kredibiliti mereka sebagai pelawak tidak dinafikan dan Osbon merupakan salah satu pesaing utama selain Boboi.


SYOK!

Kombinasi menarik 3 pelawak dari dua negara iaitu Suhaimi Sulaiman, Arif Samsudin dari Singapura dan Ifa Raziah dari Malaysia. Gabungan mereka sering kali dilihat mencuba untuk membuat persembahan yang menarik dan akhir-akhir ini mereka membuktikan mereka mampu ke Final. Suhaimi Sulaiman sememangnya seorang pelawak yang amat dikenali di Singapura dan sering kali dilihat sebagai "master mind" dalm kumpulan ini. Manakala Arif Samsudin merupakan anak kepada pelawak veteran S.Samsudin yang terkenal semasa era kegemilangan Jalan Ampas bersama P.Ramlee jadi mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi! Ifa Raziah sudah tentu dikenali oleh rakyat tempatan kerana beliau lebih dikenali sebagai penyanyi dahulu dan pelakon juga pelawak dalam beberapa drama di kaca tv. Kombinasi mereka umpama sebuah pasukan Sepak takraw dimana masing-masing mempunyai peranan mereka seperti Killer, Tekong dan Fidder.



SAEHU

Kumpulan pelawak dari  Indonesia juga mempunyai kombinasi Three Pieces menarik yang memaparkan Eto seorang pelawak dari Indonesia, Bocil pula merupakan penyampai radio manakala Vicha seorang pelakon dan pengacara di Indonesia. Kekuatan mereka lebih dikenali dengan gaya persembahan yang tersendiri dan juga kelincahan si cilik Bocil yang sudah berumur 28 tahun walaupun fizikalnya kecil. Bocil dilihat sebagai kekuatan utama kumpulan ini. Jenaka-jenaka mereka kelihatan agak unik mungkin kerana budaya atau cara komedi ditanah air mereka berlainan namun mereka bijak menggunakan kelebihan fizikal menjadi satu jenaka dan seringkali juga menyampaikan mesej-mesej positif di dalam aksi komedi mereka.


Empat kumpulan finalis Maharaja Lawak Mega ini kelihatan mempunyai kekuatan-kekuatan komedi mereka tersendiri, walaupun namapk terdapat hanya beberapa kumpulan atau individu lebih menonjol namun mereka setiap minggu pasti ada kumpulan-kumpulan berbeza yang komedinya menjadi dan adakala tidak serta ada yang konsisten namun mereka sentiasa membuat sesuatu kejutan yang akan membuat kita gelak sampai tegang usus perut ni ha..kadang-kadang sampai putus urat kentut....hahahaha....nantikan kemuncak akhirnya nanti sama-sama ya......

P/s: Siapa kumpulan pilihan juara anda? Let me say ....BOBOI!!!!  Setuju2! e`eh...Shame ar ngan iterr...!!!

4 comments:

Categories

blog (37) football (23) wordlesswednesday (17) diary (11) social network (10) art (9) premierleague (9) UEFA CHAMPIONS LEAGUE (8) personal (8) religion (8) Islam (7) funny (7) nasihat/advice (7) poem (7) Chelsea FC (6) doodle (6) agama (5) review (5) Johor Tourism (4) News (4) Ramadhan (4) manchester united (4) share (4) Barcelona (3) Fashion (3) HariRaya Aidilfitri (3) Johor (3) Music (3) author (3) championsleague (3) fakta/auta (3) group (3) quotes (3) sketching (3) Filem (2) Hari Malaysia (2) La Liga (2) Maharaja lawak mega (2) Rock n Roll (2) arsenal (2) blur (2) comedy (2) community (2) horror (2) kisah seram (2) komedi (2) layar perak (2) matchday (2) merdeka parade (2) mystery (2) notes (2) politics (2) question (2) rahsia kesihatan (2) scary (2) sihir (2) skill (2) special tribute (2) teknologi (2) 2012 (1) Cinema (1) Cinta (1) Father (1) Fathers day (1) Food Poisoning (1) Grunge (1) Harimau Malaya (1) Harimau Muda (1) Holiday (1) Kepak (1) Kurt Cobain (1) Love Story (1) Melayu/malay (1) Metal (1) Music History (1) P.ramlee (1) Real Madrid (1) Setempat (1) System Of A Down (1) Tanjung Piai (1) Tourism (1) Tutorial (1) Utusan (1) accessories (1) aneh dan pelik (1) azam baru (1) bed time story (1) bedtime stories (1) business (1) bye 2011 (1) career (1) dakwah (1) david luiz (1) dedication (1) democracy (1) doa (1) entry (1) events (1) facebook (1) fanpage (1) fernando torres (1) google (1) health (1) histeria (1) ilmu hitam (1) jobs (1) kamera (1) kerabat diraja (1) lagenda (1) malay proverb (1) minda separa sedar (1) minyak guna-guna (1) perempuan wanita dan hawa (1) power oil (1) propaganda (1) road to wembley (1) sosial (1) teori konspirasi (1) terrorist (1) ubat (1) watch (1) website (1) women (1) zine (1)

MAHU MENAMBAHKAN PENDAPATAN??? INI RESOLUSINYA...

Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Followers