Showing posts with label religion. Show all posts
Showing posts with label religion. Show all posts

DiaryZine: Al-Quran Tiruan???



Surah Injilu Matay | Al Quran Tiruan :




Surah Injilu Matay | Al Quran Tiruan :
PENTING ...tolong sebarkan. Moga Allah SWT akan membalas jasa baik anda.
Yang pasti............ ini bukan ayat al-Quran

Semoga kita semua berhati-hati jangan sampai terbeli dan digantung di rumah kita. Sebarkan dan maklumkan kepada semua saudara-saudara kita.

Tolong Baca.Jangan biarkan kita di perbodohkan oleh orang-orang KAFIR.

Perhatian kalau ternampak penghujungnya ditulis "Surah Injilu Matay" (Terus reject).

Sila baca dan edarkan kepada sesiapa yang tiada blog melalui e-mail. Jika ada blog, copy dan paste ke blog anda. Itulah agenda Kristian, maka berhati-hatilah.

Jangan terpedaya pada rupanya sahaja tetapi tengok dan selidiklah isinya juga. Tengok keseluruhan. Memang ianya nampak cantik sekiranya dibuat untuk menghiasi dinding rumah.

Sekali pandang macam ayat dan kalimah Al-Quran. Sebenarnya ayat dari kitab Bible

*sumber dari sebuah post di Laman Facebook

Copy&Paste: GAMBARAN KIAMAT

GAMBARAN KIAMAT..BACALAH WAHAI SAHABATKU..PERSIAPKAN DIRI KITA..INSYAALLAH..SAMA2 KITA BERAMAL..


Gambaran Hari Kiamat

✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

* Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain


                                *Credit to:

--:::TiongEmas:::--                  

*** Copy And Paste: This is a Sharing Information from other Blogs with permission or with blogger owner agrees, examples like advice and important announcement that this blog admin/author would like to share with others people out there/readers.Thank you!!!

DiaryZine:40 Nasihat Saidina Ali Ibn Abi Thalib Siri 3

Assalamualaikum w.b.t.....
sekali lagi  bertemu dalam Entri terakhir  40 Nasihat Saidina Ali Ibn Abi Thalib kali ini siri 3 iaitu sambungan kepada siri 1dan siri 2 <---klik sini jika belum membacanya..
"Saidina Ali bin Abu Thalib k.w merupakan khalifah ke-empat dan terakhir  dari 4 generasi khalifah Ar-Rasyidin semasa era pemerintahan khalifah dalam Islam..."
 Berikut  merupakan antara 40 Nasihat Saidina Ali bin Abu Thalib ...


Allah Subhanahu wa Ta'alaberfirman:

      Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal shalih, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran. [al-‘Ashr 103:1-3]

DiaryZine:40 Nasihat Saidina Ali Ibn Abi Thalib Siri 2

Assalamualaikum w.b.t.....
sekali lagi  bertemu dalam Entri 40 Nasihat Saidina Ali Ibn Abi Thalib kali ini siri 2 iaitu sambungan kepada siri 1 <---klik sini jika belum membaca nya..
"Saidina Ali bin Abu Thalib k.w merupakan khalifah ke-empat dan terakhir  dari 4 generasi khalifah Ar-Rasyidin semasa era pemerintahan khalifah dalam Islam..."
 Berikut  merupakan antara 40 Nasihat Saidina Ali bin Abu Thalib ....

*sahabat umpama cermin bagi diri kita, maka setiap teguran dan nasihat dari mereka terima lah dengan hati yang terbuka  , baik dan buruk sahabat itu merupakan cermin pada diri kita....

DiaryZine:40 Nasihat Saidina Ali Ibn Abi Thalib Siri 1



Assalamualaikum w.b.t.....
Saidina Ali bin Abu Thalib k.w merupakan khalifah ke-empat dan terakhir  dari 4 generasi khalifah Ar-Rasyidin semasa era pemerintahan khalifah dalam Islam...
 Berikut  merupakan antara 40 Nasihat Saidina Ali bin Abu Thalib ....

DiaryZine: Ramadhan Al-Mubarak

Ramadhan Al-Mubarak






 Memandangkan Ramadhan iaitu bulan dimana kita menunaikan salah satu rukun Islam dalam melakukan Ibadah Wajib bagi setiap Umat Islam di seluruh dunia, aku mengambil kesempatan untuk berkongsi Entri dari blogger saudara YahyaAyyash  , oleh kerana ini merupakan Ramadhan pertama aku berbblogging  maka ini merupakan entri pertama aku berkenaan Ramadhan dan itupun copy n paste entry hasil dari blogwalking ...aku percaya semua muslim di luar sana tahu akan Berpuasa Dibulan Ramadhan ini...jadi aku ingin kongsi kan entri yg di ambil dari YahyaAyyash yang sudi membuat entri ini untuk berkongsi kan tentang ramadhan al-mubarak.....sila teruskan...

DiaryZine: Ada Yang Sudi Membantu Aleesha???


Ada Yang Sudi Membantu Aleesha???

Baca paper hari ni, blogwalking pun jumpa artikel yang sama...wow antara berita yang telah mewarnakan kehidupan Malaysia...huh...Aleesha (Mohd Ashraf Hafiz) satu  nama yang kian mendapat perhatian di dada akhbar perdana tempatan kerana kes ingin menukar namanya kepada Aleesha Farhana daripada Mohd Ashraf(sedap dua-dua nama ni..hehe) dan jantina pada kad pengenalannya tidak dibenarkan mahkamah Tinggi Malaysia....

Namun, kisah beliau berjaya menarik perhatian dan belas kasihan kepada seorang peguam...tak tahu la dari mana datangnya nya mamat tu...namanya Horley Isaacs yang sanggup membiayai kos guaman kepada Aleesha (Mohd Ashraf Hafiz) walaupun kebanyakan masyarakat memperkatakan dan memandang serong akan perkara itu....

Di bawah merupakan sebahagian petikan dari kata-kata peguam yang bakal membela Aleesha( Mohd Ashraf Hafiz) ....
“Seluruh masyarakat dunia boleh menghentam, mengkritik Aleesha (Mohd Ashraf Hafiz) keji atau berdosa, tetapi saya sudah bertekad membantunya kerana kita bertanggungjawab melakukannya.
“Dia hanya mahukan sebuah kehidupan yang selesa, tapi bayangkan jika kita tidak bantu dia (Aleesha) dan akibat kesukaran menjalani kehidupan dengan jantina berbeza, dia berakhir di lorong-lorong.
“Siapa yang akan tanggung dosanya nanti. Kita semua bertanggungjawab,” kata Horley Isaacs, peguam kepada Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 26, yang gagal dalam permohonannya untuk menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana di Mahkamah Tinggi di sini, Isnin lalu.

hurm...apa yang kita boleh lihat disini niat si peguam tersebut sugguh mulia dan murni dan penuh dengan nilai-nilai murni serta tanggungjawab seorang manusia terhadap manusia...I do respect for your establishment sir...tapi di satu sudut yang lain(agama) perbuatan menukar jantina ini adalah salah..
“Siapa yang akan tanggung dosanya nanti. Kita semua bertanggungjawab,”....ye kalau kita membiarkan beliau/orang2 sepertinya di lorong2 gelap memang berdosa...namun perbuatan beliau ke atas dirinya sendiri pun merupakan satu dosa besar...Tuan peguam..tidakkah tuan tahu mengenai Dosa..sedangkan tuan boleh menyebut mengenai dosa..??? Lagi kan Tuan bersedia menjadi peguam bela atas dasar kebajikan dan ingin membela atas perbuatan dosa beliau tu...dapatkah tuan pahala...???  Soal pahala tu semua ketentuan tuhan dan hanya tuhan saja yang tahu....dan juga hanya tuhan saja yang maha mengetahui akan keikhlasan dan kebaikan yang di lakukan hambanya di dunia ini..semoga kita dapat keberkatan dari perbuatan kita di dunia untuk akhirat dari NYA .......

P/s:  Siapa kita hendak menghukum lagi mencaci mereka...segala2nya adalah ketentuan ilahi...
kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan...harap nya semoga Aleesha(Mohd Ashraf Hafiz)
diberikan petunjuk dan hidayah dari NYA dan semoga ada yang boleh membantu dari sudut rohani dan kaunseling kepada beliau...baru lah murni....pandangan penulis semata2...

Diaryzine: Soalan Yang Biasa Ditanya Oleh Orang Yang Bukan Islam(MURABBIY.COM)


Assalamualaikum para pembaca yang sudi singgah......
Sekiranya anda ditanya oleh mereka2 yang bukan beragama Islam tentang agamamu(Islam)...bersediakah kita menjawabnya demi menyampaikan kebenaran dan maruah sebagai seorang muslim....
Dibawah merupakan solan-soalan yang agak lazim di tanya mereka(golongan2 bukan Islam) kepada orang Islam yang mungkin lemah akidahnya.....

Categories

blog (37) football (23) wordlesswednesday (17) diary (11) social network (10) art (9) premierleague (9) UEFA CHAMPIONS LEAGUE (8) personal (8) religion (8) Islam (7) funny (7) nasihat/advice (7) poem (7) Chelsea FC (6) doodle (6) agama (5) review (5) Johor Tourism (4) News (4) Ramadhan (4) manchester united (4) share (4) Barcelona (3) Fashion (3) HariRaya Aidilfitri (3) Johor (3) Music (3) author (3) championsleague (3) fakta/auta (3) group (3) quotes (3) sketching (3) Filem (2) Hari Malaysia (2) La Liga (2) Maharaja lawak mega (2) Rock n Roll (2) arsenal (2) blur (2) comedy (2) community (2) horror (2) kisah seram (2) komedi (2) layar perak (2) matchday (2) merdeka parade (2) mystery (2) notes (2) politics (2) question (2) rahsia kesihatan (2) scary (2) sihir (2) skill (2) special tribute (2) teknologi (2) 2012 (1) Cinema (1) Cinta (1) Father (1) Fathers day (1) Food Poisoning (1) Grunge (1) Harimau Malaya (1) Harimau Muda (1) Holiday (1) Kepak (1) Kurt Cobain (1) Love Story (1) Melayu/malay (1) Metal (1) Music History (1) P.ramlee (1) Real Madrid (1) Setempat (1) System Of A Down (1) Tanjung Piai (1) Tourism (1) Tutorial (1) Utusan (1) accessories (1) aneh dan pelik (1) azam baru (1) bed time story (1) bedtime stories (1) business (1) bye 2011 (1) career (1) dakwah (1) david luiz (1) dedication (1) democracy (1) doa (1) entry (1) events (1) facebook (1) fanpage (1) fernando torres (1) google (1) health (1) histeria (1) ilmu hitam (1) jobs (1) kamera (1) kerabat diraja (1) lagenda (1) malay proverb (1) minda separa sedar (1) minyak guna-guna (1) perempuan wanita dan hawa (1) power oil (1) propaganda (1) road to wembley (1) sosial (1) teori konspirasi (1) terrorist (1) ubat (1) watch (1) website (1) women (1) zine (1)

MAHU MENAMBAHKAN PENDAPATAN??? INI RESOLUSINYA...

Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Followers