Showing posts with label share. Show all posts
Showing posts with label share. Show all posts

GAYA JARINGAN YANG BELUM PERNAH GOAL KEEPER JARINGKAN!!!!

DANISH GOALKEEPER SCORES GREATEST EVER KEEPER GOAL




Penjaga Gol naik ke atas untuk sepakan sudut pada minit terakhir permainan merupakan sesuatu yang mendebarkan, tetapi apabila Jakob Kohler dicajkan ke Frem di Divisyen 2 Denmark TImur, tiada siapa boleh meneka apa yang akan berlaku

Sharing Is Caring: Tujuh Perempuan Bertanya,Seorang Lelaki Menjawab

Sharing Is Caring:Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.




Kaum hawa selalu mengeluh dan melafazkan “susahnya jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah dan meletakkan kaum wanita dalam keadaan tertindas.

Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita tak boleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. 


Mereka sebenarnya membunuh wanita dan institusi kekeluargaan


Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B: 
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sesiapa walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Beruntung perempuan ini


Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C: 
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Isteri kepada lelaki yang sedang berjihad menerima pahala jihad walaupun tidak turut sama dengan suaminya


Lelaki beriman bertanya, “Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata, “MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki.”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan tegakkan agamamu, nescaya syurga menanti.

Usahlah mengeluh kaum wanita. Sesungguhnya Allah swt sayang padamu

*Sharing Is Caring merupakan artikel yg dikongsi dari artikel2 blogger2 lain yg ingin dikongsi bersama....
*Artikel Tujuh Perempuan Bertanya,Seorang Lelaki Menjawab  ini merupakan sebuah artikel yg diambil dari blogger SEBUAH KEHIDUPAN.  ...<---klik untuk singgah di blog beliau

DiaryZine: Fadhilat Solat Terawikh Di Bulan Ramadhan

Fadhilat Solat Terawikh Di Bulan Ramadhan




Assalamulaikum, hari ini merupakan 29 Syaaban 1432H bersamaan 31Julai2011 dan malam ini mengikut kalender hijrah sudah memasuki 1 Ramadhan 1432H bermakna semua umat islam akan wajib berpuasa pada keesokan harinya setelah subuh...namun Solat sunat terawikh akan dimulakan pada malam ini selepas solat Isya` dimana merupakan solat sunat yang hanya dilakukan pada ramadhan setiap tahun selain amalan wajib berpuasa, setiap amalan dan ibadah yang dilakukan pasti ada ganjaran /balasan dari Allah s.w.t dan Ramdhan merupakan bulan yang mulia dimana seluruh umat Islam diseru agar berebut-rebut melakukan amalan dan ibadah-ibadah sunat selain wajibnya berpuasa antaranya seperti Solat Sunat Terawikh ini..

Music@DiaryZine: Music On Saturday #1


Music On Saturday!!!??

tuuu dia.....Music On Saturday(muzik pada sabtu??) haha...macam2 aku tgk blogger ni buat entri...yg ni aku rasa berminat tuk ikut...hehehe sbb aku ni pun kaki muzik gak...dah lame sgt tak main muziik rasernye...

haa...korang semua mesti tawu lagu ni......

"Smell Like A Teen Spirit"



why??? hah..kenapa lagu ni aku pilih tuk entri MOS#1 kali ini :
  • Lagu pertama aku jamming sama member2 aku( masa tu baru belajar maen drum tp last2 gitar gak jadi position pilihan aku...hehe)
  • antara lagu rock inggeris yg terawal aku layan secara xlangsung...aku pernah terjebak dgn lifestyle ni sebelom aku sedar yg aku ni melayu so aku just ikut scene muzik nye saja....hehehe
  • Antara lagu2 dalam senarai prkatis aku masa mula2 belajar muzik ni...
  • aku memang follower NIRVANA tegar satu tika dulu
  • yg paling utama lagu ni memang Layanz dok....sampai skang pebret ni....



Categories

blog (37) football (23) wordlesswednesday (17) diary (11) social network (10) art (9) premierleague (9) UEFA CHAMPIONS LEAGUE (8) personal (8) religion (8) Islam (7) funny (7) nasihat/advice (7) poem (7) Chelsea FC (6) doodle (6) agama (5) review (5) Johor Tourism (4) News (4) Ramadhan (4) manchester united (4) share (4) Barcelona (3) Fashion (3) HariRaya Aidilfitri (3) Johor (3) Music (3) author (3) championsleague (3) fakta/auta (3) group (3) quotes (3) sketching (3) Filem (2) Hari Malaysia (2) La Liga (2) Maharaja lawak mega (2) Rock n Roll (2) arsenal (2) blur (2) comedy (2) community (2) horror (2) kisah seram (2) komedi (2) layar perak (2) matchday (2) merdeka parade (2) mystery (2) notes (2) politics (2) question (2) rahsia kesihatan (2) scary (2) sihir (2) skill (2) special tribute (2) teknologi (2) 2012 (1) Cinema (1) Cinta (1) Father (1) Fathers day (1) Food Poisoning (1) Grunge (1) Harimau Malaya (1) Harimau Muda (1) Holiday (1) Kepak (1) Kurt Cobain (1) Love Story (1) Melayu/malay (1) Metal (1) Music History (1) P.ramlee (1) Real Madrid (1) Setempat (1) System Of A Down (1) Tanjung Piai (1) Tourism (1) Tutorial (1) Utusan (1) accessories (1) aneh dan pelik (1) azam baru (1) bed time story (1) bedtime stories (1) business (1) bye 2011 (1) career (1) dakwah (1) david luiz (1) dedication (1) democracy (1) doa (1) entry (1) events (1) facebook (1) fanpage (1) fernando torres (1) google (1) health (1) histeria (1) ilmu hitam (1) jobs (1) kamera (1) kerabat diraja (1) lagenda (1) malay proverb (1) minda separa sedar (1) minyak guna-guna (1) perempuan wanita dan hawa (1) power oil (1) propaganda (1) road to wembley (1) sosial (1) teori konspirasi (1) terrorist (1) ubat (1) watch (1) website (1) women (1) zine (1)

MAHU MENAMBAHKAN PENDAPATAN??? INI RESOLUSINYA...

Get Paid To Promote, Get Paid To Popup, Get Paid Display Banner

Followers